Isnin, Disember 07, 2009

Ubah stigma kegemukan

ARKIB : 06/12/2009

Ubah stigma kegemukan


MEREKA yang bersaiz besar boleh meneruskan kehidupan secara sihat dengan melakukan senaman secara konsisten.


SIAPA yang tidak kenal dua personaliti ini, Syanie dan Enot. Kedua-duanya memang terkenal dengan saiz badannya yang agak besar tetapi sentiasa menyenangkan orang sekeliling dengan sifat ramah mereka. Oleh kerana saiz badan mereka juga, Syanie dan Enot kelihatan begitu comel setiap kali muncul di kaca televisyen. Namun baru-baru ini, Syanie terpaksa menjalani pembedahan yang dinamakan gastric bypass.
Tujuan sebenar Syanie melakukan pembedahan tersebut bukanlah untuk kurus tetapi kerana tahap kesihatannya yang semakin merosot.
Berbeza pula dengan Enot, dia berjaya membuktikan saiz badan bukan penghalang untuk dia menyertai Sehati Berdansa 3. Siapa sangka artis berbadan montel dan comel macam Enot pun ada semangat tari yang tinggi.
Namun, masyarakat kini terpaksa bersedia berdepan dengan masalah kegemukan atau obesiti yang kian meningkat. Persoalannya, adakah golongan ini perlu menurunkan badan atau meneruskan kehidupan dengan persekitaran atau gaya hidup yang sihat?
Kedua-dua personaliti tadi membuktikan mereka cuba memperbaiki diri dan bersikap optimis.
Bagi generasi muda, pencegahan awal perlu dilakukan agar tidak menyesal kemudian hari.
Apa perbezaan obesiti dan terlalu gemuk? Menurut Presiden Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASO), Profesor Dr. Ismail Noor, obesiti dan terlalu gemuk sering kali bertukar ganti.
"Sebenarnya ia tidak sama. Obesiti ditakrifkan sebagai lebihan pengumpulan lemak badan yang membahayakan kesihatan. Pada waktu yang sama terlalu gemuk pula pada tahap yang lebih rendah dari obesiti. Kedua-dua ini berlaku apabila pengambilan (dalam bentuk makanan) melebihi tenaga yang diperlukan (metabolisme dan aktiviti fizikal)," katanya.
Tambah beliau, gaya hidup negatif akan memburukkan keadaan dan seseorang itu boleh menjadi terlalu gemuk iaitu obesiti.
Selain itu, baka, faktor fisiologi dan psikologi juga perlu diambil kira. Ada pendapat yang mengatakan bahawa 70 peratus individu menjadi terlalu gemuk kerana baka ibu bapa. Sudut fisiologi pula menunjukkan mereka mengambil makanan ketika emosi tidak stabil seperti bosan, sedih dan bimbang.
Justeru itu, langkah pengurusan iaitu mengehadkan makanan, melakukan banyak kegiatan fizikal, mengubah tingkah laku, rawatan menggunakan ubat menguruskan badan dan pembedahan adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini.
Katanya, paling utama kikis tabiat makan yang buruk.
"Makanan perlu mengandungi nutrien yang cukup, saiz makanan yang sesuai dengan keperluan badan dan waktu makan yang tetap. Rawatan lain perlu mengambil kira kesan terhadap kehilangan berat badan dan usaha mengekalkannya kerana bimbang berlakunya kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan," ujarnya.
Dr. Ismail mengulas, penurunan berat badan memainkan peranan penting dalam usaha mencegah dan melengahkan kemunculan diabetes.
Data baru-baru ini mendedahkan bahawa penularan diabetes telah meningkat daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.
"Seorang daripada enam dewasa Malaysia berusia lebih 30 tahun menghidap diabetes iaitu dianggarkan berjumlah 1.4 juta orang. Penularan diabetes telah meningkat hampir sekali ganda pada dekad lepas sejajar dengan penggandaan bilangan penduduk dengan berat badan berlebihan atau gemuk," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kajian Kegemukan Antarabangsa, Profesor Philip James pula berkata, kegemukan adalah satu masalah yang perlu ditangani kerana ia adalah punca kepada pelbagai penyakit.
"Kajian perubatan mendapati bahawa mereka yang mempunyai BMI 25 ke atas akan meningkatkan risiko menghadapi diabetes di samping serangan jantung. Kehilangan berat badan walaupun dalam kuantiti antara lima hingga 10 kilogram dapat membantu melegakan banyak masalah yang berkaitan dengan obesiti," katanya.
Beliau berkata, antara penyebab utama berlakunya obesiti ialah banyak dipengaruhi oleh gaya hidup yang diamalkan oleh individu tersebut.
Prof Philip memberitahu, diabetes adalah salah satu daripada penyakit berkait paling umum yang dialami oleh 61 peratus daripada pesakit yang gemuk dan 90 peratus daripada diabetes jenis dua disebabkan berat badan yang berlebihan.
Kegemukan juga meningkatkan risiko mengalami pradiabetes iaitu keadaan yang dicirikan glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal.
Beliau menyarankan, betapa perlunya seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan yang mendapati sukar mengurangkan berat badan untuk mendapat nasihat profesional daripada pakar pemakanan, pakar diet dan doktor.
Ini memudahkan individu mengetahui pilihan yang ada untuk mengurangkan berat badan termasuk farmaskoterapi dan pembedahan dalam badan yang serius.
Namun, dalam segala hal, stigma kegemukan boleh diubah sekiranya setiap individu mula mengubah gaya hidup mereka.

Selasa, Disember 01, 2009

INFO SIHAT CYBER SLIM CENTER PUTRAJAYA

Punca Kegemukan #4: Kekurangan Zat dalam Makanan

Sebelum ini, saya dah tulis 3 punca membuatkan kita gemuk.
Makanan, kadar aktiviti harian dan keturunan. Kali ini saya tulis
sedikit tentang masalah kekurangan zat dalam makanan kita seharian.
Baiklah, pernah tak rasa lapar, kemudian kita makan mee
goreng kosong dengan teh “o” ais limau kurang manis, tetapi 2 jam
selepas itu, kita rasa lapar semula dan kita terpaksa makan
pula karipap 2-3 ketul.
Kenapa perkara ini berlaku ya?
Lapar bermaksud sel dalam badan kita meminta zat-zat
makanan tertentu dari kita. Contohnya, ia perlukan protein lebih
kurang 35g bagi mengimbangi dan menjalankan fungsi tertentu.
Tetapi malangnya kita cuma makan mee goreng yang hanya mengandungi
karbohidrat (mee), lemak (minyak masak) dan garam. Ini akan memberikan
rasa kenyang sebentar. Sel badan kita masih menagih protein.
Jadi selepas beberapa jam, sel badan kita akan menghantar signal
kepada otak supaya beritahu kita supaya makan lagi.
Kita akan makan lagi, tetapi malangnya kita tidak berikan apa yang
sebenarnya sel badan kita mahukan. Proses ini berulangan dan
menyebabkan kita TERmakan lebih daripada yang sepatutnya.
Kadang-kadang, kita cuba makan dengan sihat, sayur, buah,
kurang gula, kurang garam dan macam-macam lagi yang orang
kata sihat kita makan, tetapi kesannya tidak kelihatan.
Apa masalahnya?
1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dulu kala.
Teknologi telah mengubah kandungan zat makanan.
Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalam
epal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!
2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akan
hilang jika terkena panas yang keterlaluan.
3. Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya.
Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap.
Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.
Makanan tidak berzat biasanya murah.
Kita perlu lakukan sesuatu supaya kita terselamat dari musibah
yang melanda kita sekarang. Cuba beberapa tips berikut;
1. Cuba tingkatkan makan makanan mentah. Buah, salad, tomato, timun,
kacang botol, pegaga, petai dan ulam-ulaman yang lain mengantikan sayur
yang kena masak. Makan sandwich dengan roti gandum berintikan tuna dalam tin,
masukkan sedikit salad, timun, tomato dan sedikit sos cili, mungkin 5-6 kali seminggu.
(Kita makan 21 kali seminggu). Sekurang-kurangnya kita sudah berjaya
buat 25% perubahan!
2. Berkira-kiralah untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C,
multi-vitamin dan macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang.
Cuba dapatkan dari syarikat yang terkenal di dunia, jangan ambil dari
sebarangan syarikat, kadang-kadang kandungannya tidak seperti yang di tulis.
3. Minum air kosong (kalau boleh tapis!) yang banyak supaya badan kita
sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik untuk membetulkan sistem
penyerapan zat makanan (usus besar-filli)
Dah tiba masanya kita ambil berat tentang apa yang kita makan
sebelum ianya terlambat. Mulakan hari ini dan muhasabah diri sentiasa.

INFO SIHAT CYBER SLIM CENTER PUTRAJAYA

Punca Kegemukan #3: KETURUNAN

Sebelum ini saya sudah kupas tentang Makanan dan Aktiviti Harian
sebagai punca-punca kegemukan.

Pernah tak dengar orang kata, satu keluarga aku gemuk,
nenek, ibu, abang, adik, kakak, semuanya gempal-gempal belaka.

Sebenarnya, Keturunan juga membawa sedikit pengaruh terhadap badan
kita, sama ada ia senang gemuk atau tidak.

Bagaimana kaitannya ya?
Dahulu kala, mungkin 1000 atau 3000 tahun dahulu, nenek
moyang kita hidup dalam kesusahan bergantung pada kawasan mereka
tinggal.

Sekumpulan tinggal di kawasan yang mudah untuk dapat makanan, dan
mereka makan mungkin sekali sehari.

Manakala sekumpulan lagi tinggal di kawasan yang amat sukar untuk dapatkan
makanan. Mereka mungkin makan sekali dalam 3-4 hari.

Penyesuaian akan berlaku pada badan mereka ini. Kadar metabolisma (pembakaran
makanan) akan menjadi amat berbeza antara kedua-dua kumpulan ini.

Kumpulan yang pertama, agak tinggi dengan kemampuan untuk menyimpan lemak
yang agak rendah.

Kumpulan yang kedua pula, metabolismanya sangat rendah dan mempunyai kemampuan
menyimpan lemak yang SANGAT tinggi!
*Lemak disimpan supaya boleh digunakan untuk jana tenaga dalam 3-4 hari
kemudiannya yang mana makanan tiada.

Genetik jenis-jenis ini tertulis terus ke atas DNA (DeoxyriboNucleic Acid) kita dan ia kekal
sehingga sekarang.

Bayangkan kita berada di kumpulan kedua, Metabolisma rendah dan kemampuan
menyimpan lemak yang tinggi. Jadi badan kita akan mudah menyimpan lemak.

Yang jadi masalahnya kita makan 3 kali sehari, bukan tiga hari sekali!
Jadi lemak yang tersimpan akan kekal disimpan kerana tidak pernah kita nak guna
sebab tiada waktu darurat.

Jika anda rasa ada tergolong dalam kumpulan kedua, maka anda kena
jaga makan dan tingkatkan aktiviti harian. Anda lebih cenderung untuk menjadi
gemuk.

Tapi kita janganlah salahkan nenek-moyang kita pulak. Pilihan masih terletak
pada tangan kita untuk jadi sihat langsing atau gemuk sakit.

INFO SIHAT CYBER SLIM CENTER PUTRAJAYA

Artikel ini diambil dari INFO SIHAT CSC untuk rujukan umum. Terima kasih En Abdul Rashid Abd Manaf !

Punca Kegemukan #2 – KURANG AKTIVITI SEHARIAN


Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai punca
utama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.

Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksa
mendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),
sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!

Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,
siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap boleh
dapat aiskrim free lagi tu!

Sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya.
Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk
kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.

Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahaja
di ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.

Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-ator
kot.

Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakar
makanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita
hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yang
banyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!

Apa yang perlu kita buat untuk atasi masalah ini?

Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.

CONTOH;
1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang
paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.

2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga
6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak
penat sangat, jadi buat lebih sikit!

3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.

4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman
yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baru
RM150.

5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu
lagi syok, angkat baldi air dari rumah!

6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat
veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.

7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.

Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,
keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar
sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600
dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.

Kita tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara
mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan
dan tambah dari minggu ke minggu.

Kalau kita tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahun
dari sekarang? Pasti kita akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas
dan bertenaga!

Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah
4 tahun lepas!

Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihat
kita dah bakar 5-10 kalori dah!

Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!

Selasa, November 17, 2009

Antara kebuluran dunia dan obesiti di Malaysia

Antara kebuluran dunia dan obesiti di Malaysia

Oleh DR. IRFAN MOHAMAD

SIDANG Kemuncak Keselamatan Makanan Dunia anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini dipenuhi dengan isu permasalahan kronik di negara-negara miskin iaitu kebuluran.

Mengikut statistik, seorang penduduk dunia mati akibat kebuluran dalam setiap enam saat. Ini bermakna, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa setiap tahun akibat kebuluran.

Melihat angka-angka ini, hati berasa begitu tersentuh. Jika di negara miskin rakyatnya mati kerana tidak makan, di sini ramai yang maut kerana terlebih makan. Rakyat kita makan secara tidak seimbang, menyalahgunakan makanan dan pembaziran makanan. Kita berdepan dengan masalah obesiti.

Contohnya, penyakit jantung yang dikaitkan secara langsung dengan obesiti serta penyakit diabetes yang dicetuskan oleh pengambilan makanan dengan kaedah yang tidak berdisiplin.

Obesiti merupakan faktor boleh diubah yang menjadi risiko mendapat serangan jantung. Amalan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi menggalakkan lagi proses penyempitan salur darah yang menjerumuskan kepada gejala sakit jantung. Pemahaman yang silap bahawa makanan manis seperti gula pasir sahaja yang akan menyebabkan diabetes juga harus diperbetulkan. Makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi dan roti dalam jumlah terlalu banyak, walaupun rasanya tawar boleh menyebabkan risiko diabetes.

Apa yang lebih menakutkan ialah faktor-faktor risiko ini saling berkaitan. Contohnya seseorang yang mengalami obesiti, selain berdepan dengan risiko penyakit jantung, mereka turut dilingkari dengan permasalahan diabetes. Statistik di Malaysia sahaja menunjukkan hampir 15 peratus penduduk melebihi 30 tahun disahkan menghidap diabetes.

Tekanan darah tinggi yang boleh mengundang serangan angin ahmar atau strok juga adalah sebahagian daripada rencah dalam penyakit-penyakit berangkai ini. Ia turut sama disumbang oleh amalan pemakanan selain faktor-faktor lain.

Apa yang membimbangkan, ia adalah penyakit lazim di sini. Namun ia sering tidak diberi perhatian. Lebih daripada 60 peratus mereka yang mempunyai tekanan darah melebihi paras normal tidak tahu bahawa faktor risiko bagi komplikasi seterusnya itu sedang berada dalam diri mereka. Ia ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa obesiti dan diabetes mempunyai faktor penyebab yang lain seperti umur, jantina, keturunan dan sebagainya. Namun salah satu penyumbang utama yang kita tidak dapat nafikan ialah tabiat makan berlebihan.

Persepsi yang menganggap kanak-kanak yang gemuk itu bagus kerana "sihat" wajar diperbetulkan. Kita seharusnya merancang pemakanan dan bukannya makanan merancang kesihatan kita.

Sewajarnya kita menginsafi dan mensyukuri setiap suap makanan yang dikurniakan kepada kita. Ini kerana pada masa yang sama ada orang yang tidak dapat merasai nikmat makanan. Malah hendak menelan air liur pun ada ketikanya tidak boleh kerana turut diancam kekeringan akibat dehidrasi.

Satu cara untuk kita menunjukkan kesyukuran ialah dengan mengambil secara sederhana baik dari segi kuantiti, pembahagian mengikut kelas makanan, aspek kebersihan dan mengelakkan pembaziran.

Marilah sama-sama kita "makan untuk hidup" dan bukannya "hidup untuk makan" kerana makan secara berlebihan boleh mengundang konotasi "makan untuk mati".

PENULIS ialah Pensyarah Perubatan ORL

Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM.

Selasa, Oktober 20, 2009

CYBER SLIM CENTRE PUTRAJAYA 2U: KALORI DAN FAKTANYA

CYBER SLIM CENTRE PUTRAJAYA 2U: KALORI DAN FAKTANYA

KALORI DAN FAKTANYA

Artikel ini diambil dari INFO SIHAT CSC untuk rujukan umum.
Terima kasih En Abdul Rashid Abd Manaf !

Saya menerima banyak respon yang perlukan maklumat lanjut tentang kalori. Jadi, saya akan tulis sedikit tentang kalori untuk menambah lagi ilmu. Harap tak jemu membaca rencana saya ni dan saya amat gembira jika anda dapat manfaat.

Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab erat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 2 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?

Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?

Makan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kaloriMakan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kaloriMakan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan.
Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

OKlah, saya harap dengan maklumat di atas, anda dapat bertindak, sedikit pun tak mengapa, asalkan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.

INFO SIHAT CYBER SLIM CENTER PUTRAJAYA

Artikel ini diambil dari INFO SIHAT CSC untuk rujukan umum.
Terima kasih En Abdul Rashid Abd Manaf !

Punca #1 - MAKANAN

Inilah punca utamanya!

Kita tidak akan kegemukan jika kita hanya minum air kosong dan hirup udara. Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nakdapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas). Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.Kalau kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.
Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?
Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.

(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali

(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.

(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.INGAT YA, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

Kita jumpa lagi di rencana akan datang!

Rabu, Januari 14, 2009

Gambar Selepas Sebulan


Gambar di opis Plaza Sentral, nampak lemak di pipi n tengkuk kan ?

Selepas 1 bulan

Alhamdullilah berkat produk yang bagus n kualiti, cara guna yang betul dan konsisten guna shake Herbalife + tea mix :
  • Shake ambil 2 kali sehari sebagai PEGANTI makanan
  • Tea Mix ambil min 4 kali sehari bila2 masa
  • Minum air 4.8 liter sehari. (Berat 121kg / 25 = 4.8 liter)
bulan pertama saja aku dpt turun 4 kg !? perut ni turun 4cm ... alhamdullilah..
Bukan senang nak turun berat n ukuran badan, tak perlu senaman dan berlapar.. badan rasa lagi cergas, senang bangun pagi dan ringan..

Sekarang dah best kerja, rutin bangun pagi kul 5am, minum shake Herbalife utk sarapan pagi, 5.40am keluar rumah, kul 6am naik bas RapidKL ke KL sentral.. 5 min sebelum kul 7am masuk opis. Tight jam kerja kan ? Kul 5 dah kena bangun...Sekarang badan bertenaga.. ni baru turun 4kg.

Masalah sakit kencing tak lawas saya makin kurang dan jarang2 dah. Alhamdulillah....

Formula 1 - Dutch Chocolate


Ini dia antara produk - Formula 1 perisa Dutch Chocolate yang pertama

Hasil, Puas Hati dan Kagum !



Alhamdulillah, boleh guna shake Herbalife ni walaupun tak biasa lagi.. Rasa sedap ! Perisa pertama yg saya beli - DUTCH CHOCOLATE, faveret saya... ikut cadangan en Rashid untuk campur shaker Herbalife ini dengan soya.. pegi la Care4 Alamanda beli 5 kotak besar soya Drinho ! x pe komited untuk merubah punya pasal. Sebab kena campur dengan soya ini untuk mengenyangkan lagi perut ni, kalau guna air kosong kurang membantu. Memang betul cakap En Rashid tu, test guna air kosong terasa lapar skit.. Mula2 terasa lapar sebab tak biasa lagi, logik laa dulu pagi2 makan berat dah (nasi lemak, roti canai, mee goreng) kat food court Plaza Sentral tu, nyam nyammmm sebelum masuk opis .Sekarang tukar diet kepada diet minuman (shake Herbalife) . Walaupun minuman, shake ini adalah MAKANAN. Sama kumpulan MILO, NESCAFE dan NASI AYAM.

Selasa, Januari 06, 2009

Koleksi Gambar Sebelum Langsing , 121 KG ...




Gambar sebelum guna produk Herbalife :

Berat : 121 kg
Ukur lilit pinggang : 40cm
Masalah Kesihatan : Kolestrol teramat tinggi, gula ada dalam darah, migrain ,tak boleh kena panas, paling teruk - kencing tak lawas (sakit sebelum, semasa,selepas kencing)
Status : Bujang (1 tahun 6 bulan dulu) eheheheheh

Isnin, Januari 05, 2009

Set Lengkap Herbalife Bersama CyberSlimCenter


Set Lengkap Hebalife mengandungi produk :
1) Formula 1 (Dutch Chocolate, French Vanilla, Strawberry, Cappucino & Tropical Fruit)
2) Formula 3
3) Tea Mix

Yang berharga RM396.36, dapat hadiah macam2 daripada En Rashid hari tu.
Beli perisa dutch chocolate (gila chocolate) dan rasa memang best. Tak penah guna produk kesihatan, orang cakap ubat yang rasa best. Mcm makan ais krim chocolate lak. Campur dengan soya kotak Drinho yang boleh dibeli di kedai tu. Pas tu campur dan shake, shake dan shake.

Bila minum perghhhh, best . Aku dah start suka produk
Herbalife. Makanan yang best kita tak cepat boring dan boleh guna lama. Macam KFC, McD dan lain2, orang suka sebab best dimulut walaupun orang tau makanan tu tak bagus dan memang tak boleh dimakan selalu. Kalori, lemak, minyak tinggi ? orang bantai semacam kan ?

Terjumpa Cara Untuk Langsing




Pada 9hb Jun 2007, tengah boring kerja malam sorang2 di opis di Plaza Sentral, baca akhbar online Utusan Malaysia sambil2 selesaikan masalah line pelanggan telco ni. Terjumpa la satu Iklan text link di muka depan http://www.utusan.com.my/. Tertarik dengan keberkesanan produk Herbalife yang dipersembahkan oleh pengasas CyberSlimCenter, En Rashid. Saya amat tertarik dengan testimoni beliau kerana semuanya dari Malaysia, Melayu dan masing2 hanya gunakan produk Herbalife tanpa berlapar (yer ke perut aku luas) ,tanpa senaman (dah lama x excercise) dan produk best sebab ada 5 perisa. Tak pernah nampak produk Herbalife sebelum ni.

Terus simpan website ni dan salin no hand phone En Rashid ni. Esoknya lepas bangun tido, bangun lewat sebab kerja habis kul 7 pagi, terus telefon En Rashid untuk tanya soalan yang biasa ditanya.

-Betul ke produk ni berkesan?
-Berapa lama kena pakai?
-Macam mana nak beli?

Terus kami buat appoiment pada 11 Jun 2007 jam 10am sebab aku cuti hari tu.
En Rashid datang terus buat wellness Evaluation dengan ini borang bawah ni. 11 Jun 2007 adalah permulaan azam untuk langsing kan semula badan ni.



Terus beli set lengkap Herbalife perisa Chocolate (Formula 1 , Formula 3 & Tea Mix. Petuanya guna ikut aturan yang betul dan konsisten dengan produk Herbalife. Bersambung...

Penat, Sakit, Berat & Malas


Hmmmmm, malas betul tiap kali nak bangun tidur. Bekerja sebagai engineer di syarikat Telco terkenal di Malaysia, shhhh (max**) . keje shift lak tu. 7am-4pm, 2pm-11pm & 10pm-7am mmg boring n memenatkan. Tapi yang best nye line free ! hehehe bergayut sakan dengan awek (sebelum kawin). Saya merindui masa belajar di UTM dulu, aktif sukan n kegiatan luar. Mesti ada je aktiviti yang mengguna kudrat dan semua anggota badan bergerak. Kalori pun dibakar sendiri. sebab tu time study dulu slim, handsome n sihat aje. (18 bulan dulu).



Sekarang dah tak da masa untuk itu semua.. balik keje penat, pening , makan terus tidur. Badan naik macam di pam2. Sekarang baru aku sedar memang betul kata jurulatih kesihatan aku sekarang, En Rashid b Abd Manaf (Pengasas CyberSlimCenter)- 70% punca kegemukan sebab gaya hidup kita (makanan dan cara hidup).

Selamat Datang ke Cyber Slim Center Putrajaya

Saya mengucapkan selamat datang ke Cyber Slim Center, pusat pelangsingan alam maya anda.
Kami adalah pakar dalam program pelangsingan dibantu oleh produk pelangsingan terbaik .
Kami sudah 29 tahun di pasaran dan di 70 buah negara.