Selasa, Oktober 20, 2009

INFO SIHAT CYBER SLIM CENTER PUTRAJAYA

Artikel ini diambil dari INFO SIHAT CSC untuk rujukan umum.
Terima kasih En Abdul Rashid Abd Manaf !

Punca #1 - MAKANAN

Inilah punca utamanya!

Kita tidak akan kegemukan jika kita hanya minum air kosong dan hirup udara. Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nakdapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas). Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.Kalau kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.
Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?
Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.

(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali

(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.

(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.INGAT YA, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat

Kita jumpa lagi di rencana akan datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan